Jam 2.30 petang di PKG Bandar Pekan, mesyuarat untuk pengubalan soalan sains Pengesanan daerah Pekan bersama-sama rakan yang masih sudi mencurahkan ilmu, terima kasih yang tak terhingga kepada GB En.Nasaruddin, Cikgu Nazmi, Cikgu Razak, Cikgu Nor Aida dan Cikgu Norshilawati. Perkara pertama bila bertemu saya rasa gembira kerana lama tak bertemu dan teruja kerana rakan-rakan semua begitu bersemangat untuk sama-sama menyemarakkan pemuafakatan antara kita. Sebenarnya kita semua ada ilmu tapi kadang-kadang sukar untuk kita luahkan kerana ada beberapa faktor. faktor hanya empunya diri yang mengetahuinya. Bila berbincang mengenai JSU pelbagai pendapat untuk sesuatu soalan , kita dapat rasa nikmat membuat satu soalan dengan hasil idea kita sendiri.
"Aku cili mulut tu kan" luahan seorang rakan bila menerima tempelak dari rakan yang mengatakan "Hah buat soalan elok-elok kang soalan daerah hampeh", dari sini ada baik dan buruknya , kepada rakan yang kena tempelak bagi saya satu dorongan untuk membuat yang habis baik. Bagi rakan yang menemplak, saya tahu kerja dia, dah lama satu sekolah , kalau buat soalan sekolah pun kalau tak ada JSU dan buat seorang lagi lah hampehnya. Marilah sama-sama kita cuba bercakap dengan cara yang lebih sopan walau bergurau. Kadang-kadang saya lebih suka berdiam diri dan berkurung melakukan kerja yang bertimbun.
Sekarang bulan Februari menjejakkan kaki, Awal Mac ujian pengesanan tahun 6, bermula dari saat ini kereta dah mula masuk gear dua, buat post mortem mencari kelemahan pelajar dan teruskan perjuangan ini hingga selesai, 800 calon 'A' Sains adalah sasaran kita bagi menyahut cabaran Parlimen Pekan mesti ada 700 calon mendapat 5 'A'. P1 sebenarnya amat penting menilai target kita akan tercapai atau tidak atau hanya untuk senang memandang pada data yang semua orang boleh nyatakan. Kata rakan saya pada seorang GB yang telah bersara setelah diminta oleh GB untuk menambah 'A' dalam kelas beliau , " Cikgu nak berapa tambahlah" , itulah kita boleh buat nak 700 atau 1000 tetapi kita ada produk yang macammana sekarang.
Perjuangan ini baru bermula dan terus membara, demi anak didik kita yang bernama 'INSAN'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan