Ahad, 27 Februari 2011

PERJALANAN MASIH JAUH

27 Feb 2011- SK Seri Terentang mengadakan sukan tahunan kali ke 23. Meriah dan berwarna-warni. Begitu bersemangat cikgu-cikgu dan murid-murid. Itulah sukan murid paling suka menang kalah belakang cerita. Bergaduh di padang bagai nak rak, tapi di bilik guru dan kantin makan sekali dan siap posing walau baju berlainan warna. Pasukan menang terasa penat lelah terbalas yang kalah pula terasa hati puas kerana semua telah dilakukan tapi nasib tak menyebelahi. Syabas rakan-rakan.

Banyak yang kita pelajari dari sukan , perjuangan kita dalam mendidik anak bangsa dalam setiap bidang. Sukan sebenarnya dalam sains nya boleh menyihatkan badan, tapi yang tersiratnya ialah disiplin pelajar dan rasangan untuk berjuang itu paling penting.

Perjuangan kita guru sains matematik daerah pekan masih jauh. Kita cuba seramai mungkin calon UPSR 2011 mendapat A dalam sains dan matematik. ZOOM-A adalah satu kaedah nya untuk merealisasikan hasrat tersebut. Saya juga berada dibawah dan saya ada juga terdengar rungutan tentang program ini, tetapi cuba lah kita lihat yang positifnya, program ini berjaya jika kita betul-betul fokus kerana ada yang dah berjaya. Rungutan paling ketara saya dengar ialah komputer dan internet. Cadangan saya untuk masalah ini ialah gunakan lah internet yang dibekalkan oleh KPM semaksimum mungkin. Sebenarnya internet tersebut boleh di buat sambungan "wireless" untuk di gunakan dengan Laptop. Modem wireless tersebut dalam lingkungan RM200 ke RM300. Cara memasangnya boleh berhubung dengan PKG Bandar Pekan-En Rozman atau saya boleh membantu sekiranya ada masa. Broadband Celcom pun boleh di sambungkan dengan banyak komputer tetapi alat tersebut agak sukar di dapati. Kalu gi KL senang dapat.

Perjuangan ini mesti diteruskan walau apapun halangannya. hasrat mesti direalisasikan. Ayuh kita cuba realisasikan. Sahut cabaran kerana kita guru Pekan boleh lakukan. Kita guru bangga kalau daerah Pekan disebut sebagai Daerah contoh di Malaysia. Bagaimana kita berkerja itu  yang kita dapat.

Sukan sekolah sebenarnya menyedarkan saya bahawa saya tidak seperti dulu, berlari sikit saja dah terasa kaki dan badan sakit. Penat dah terasa walau melihat murid melompat gembira rumah mereka menang, tapi saya terasa tubuh ini sebenarnya semakin lama. Nak sebut tua terasa macam nak pencen. Perjalanan ini masih jauh untuk melihat daerah yang saya ajar ini terkenal di dunia.

Syabas dan tahniah untuk semua guru yang kuat berusaha untuk menjaya kan misi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan