27 Feb 2011- SK Seri Terentang mengadakan sukan tahunan kali ke 23. Meriah dan berwarna-warni. Begitu bersemangat cikgu-cikgu dan murid-murid. Itulah sukan murid paling suka menang kalah belakang cerita. Bergaduh di padang bagai nak rak, tapi di bilik guru dan kantin makan sekali dan siap posing walau baju berlainan warna. Pasukan menang terasa penat lelah terbalas yang kalah pula terasa hati puas kerana semua telah dilakukan tapi nasib tak menyebelahi. Syabas rakan-rakan.
Banyak yang kita pelajari dari sukan , perjuangan kita dalam mendidik anak bangsa dalam setiap bidang. Sukan sebenarnya dalam sains nya boleh menyihatkan badan, tapi yang tersiratnya ialah disiplin pelajar dan rasangan untuk berjuang itu paling penting.
Perjuangan kita guru sains matematik daerah pekan masih jauh. Kita cuba seramai mungkin calon UPSR 2011 mendapat A dalam sains dan matematik. ZOOM-A adalah satu kaedah nya untuk merealisasikan hasrat tersebut. Saya juga berada dibawah dan saya ada juga terdengar rungutan tentang program ini, tetapi cuba lah kita lihat yang positifnya, program ini berjaya jika kita betul-betul fokus kerana ada yang dah berjaya. Rungutan paling ketara saya dengar ialah komputer dan internet. Cadangan saya untuk masalah ini ialah gunakan lah internet yang dibekalkan oleh KPM semaksimum mungkin. Sebenarnya internet tersebut boleh di buat sambungan "wireless" untuk di gunakan dengan Laptop. Modem wireless tersebut dalam lingkungan RM200 ke RM300. Cara memasangnya boleh berhubung dengan PKG Bandar Pekan-En Rozman atau saya boleh membantu sekiranya ada masa. Broadband Celcom pun boleh di sambungkan dengan banyak komputer tetapi alat tersebut agak sukar di dapati. Kalu gi KL senang dapat.
Perjuangan ini mesti diteruskan walau apapun halangannya. hasrat mesti direalisasikan. Ayuh kita cuba realisasikan. Sahut cabaran kerana kita guru Pekan boleh lakukan. Kita guru bangga kalau daerah Pekan disebut sebagai Daerah contoh di Malaysia. Bagaimana kita berkerja itu yang kita dapat.
Sukan sekolah sebenarnya menyedarkan saya bahawa saya tidak seperti dulu, berlari sikit saja dah terasa kaki dan badan sakit. Penat dah terasa walau melihat murid melompat gembira rumah mereka menang, tapi saya terasa tubuh ini sebenarnya semakin lama. Nak sebut tua terasa macam nak pencen. Perjalanan ini masih jauh untuk melihat daerah yang saya ajar ini terkenal di dunia.
Syabas dan tahniah untuk semua guru yang kuat berusaha untuk menjaya kan misi ini.
Ahad, 27 Februari 2011
Selasa, 8 Februari 2011
PERJUANGAN TERUS MEMBARA
Jam 2.30 petang di PKG Bandar Pekan, mesyuarat untuk pengubalan soalan sains Pengesanan daerah Pekan bersama-sama rakan yang masih sudi mencurahkan ilmu, terima kasih yang tak terhingga kepada GB En.Nasaruddin, Cikgu Nazmi, Cikgu Razak, Cikgu Nor Aida dan Cikgu Norshilawati. Perkara pertama bila bertemu saya rasa gembira kerana lama tak bertemu dan teruja kerana rakan-rakan semua begitu bersemangat untuk sama-sama menyemarakkan pemuafakatan antara kita. Sebenarnya kita semua ada ilmu tapi kadang-kadang sukar untuk kita luahkan kerana ada beberapa faktor. faktor hanya empunya diri yang mengetahuinya. Bila berbincang mengenai JSU pelbagai pendapat untuk sesuatu soalan , kita dapat rasa nikmat membuat satu soalan dengan hasil idea kita sendiri.
"Aku cili mulut tu kan" luahan seorang rakan bila menerima tempelak dari rakan yang mengatakan "Hah buat soalan elok-elok kang soalan daerah hampeh", dari sini ada baik dan buruknya , kepada rakan yang kena tempelak bagi saya satu dorongan untuk membuat yang habis baik. Bagi rakan yang menemplak, saya tahu kerja dia, dah lama satu sekolah , kalau buat soalan sekolah pun kalau tak ada JSU dan buat seorang lagi lah hampehnya. Marilah sama-sama kita cuba bercakap dengan cara yang lebih sopan walau bergurau. Kadang-kadang saya lebih suka berdiam diri dan berkurung melakukan kerja yang bertimbun.
Sekarang bulan Februari menjejakkan kaki, Awal Mac ujian pengesanan tahun 6, bermula dari saat ini kereta dah mula masuk gear dua, buat post mortem mencari kelemahan pelajar dan teruskan perjuangan ini hingga selesai, 800 calon 'A' Sains adalah sasaran kita bagi menyahut cabaran Parlimen Pekan mesti ada 700 calon mendapat 5 'A'. P1 sebenarnya amat penting menilai target kita akan tercapai atau tidak atau hanya untuk senang memandang pada data yang semua orang boleh nyatakan. Kata rakan saya pada seorang GB yang telah bersara setelah diminta oleh GB untuk menambah 'A' dalam kelas beliau , " Cikgu nak berapa tambahlah" , itulah kita boleh buat nak 700 atau 1000 tetapi kita ada produk yang macammana sekarang.
Perjuangan ini baru bermula dan terus membara, demi anak didik kita yang bernama 'INSAN'.

Khamis, 3 Februari 2011
IKHLAS DALAM PERKERJAAN
Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berkata-kata dan untuk bertaubat kepadaNya. Pada 1hb.Feb 2011 saya telah dihubungi oleh Cikgu Nasaruddin Ketua Panitia Sains Daerah Pekan 2011. beliau menyatakan bahawa Daerah Pekan menggubal soalan untuk P1 Daerah Pekan dan Ujian Pengesanan untuk daerah Pekan 2011. Tarikh cadangan beliau adalah 8hb.Feb 2011 di PKG Bandar Pekan, Alhamdullillah saya telah menghubungi beberapa rakan dan mereka bersetuju untuk bersama-sama saya menggubal soalan tersebut. Untuk perhatian semua kerja ini tidak akan berjaya jika tiada keikhlasan, dan ayuhlah rakan-rakan kita hidup bukan untuk di sini saja sebenarnya ada ketika nya nanti kita akan hidup lebih lama di dalam suatu dunia baru yang tiada penghujungnya. Sebenarnya saya telah malu meminta tolong dengan raka-rakan kerana ada beberapa sebab yang terlalu sensitif untuk di ceritakan, tetapi ketahuilah saya telah berusaha untuk memuaskan hati semua pihak. Kita mampu untuk berkata-kata tetapi siapalah kita. Oleh itu berusahalah kita demi anak-anak pewaris kita walau apapun yang terjadi kita tetap seorang guru yang perlu melakukan tugas kita dengan penuh amanah dan ikhlas. Sekarang daerah Pekan masih lagi dibawah dalam UPSR. Cuba rakan-rakan cadangkan apa yang perlu kita lakukan bermula saat ini. Saya ada berbincang dengan Puan Dalijatonseha mengenai hal ini, cadangan saya untuk permulaan ini ialah satu Modul Khas Sains akan dibina oleh Guru-guru Cemerlang Daerah Pekan bagi Kem yang akan di jalankan memandangkan apabila menggunakan buku yang dibeli ada beberapa kelemahan semasa kem. Disini perlu ada juga keikhlasan sesama kita untuk membina modul tersebut. Jika anda berminat untuk modul tersebut hubungi saya di rujhan68@gmail.com
Apa yang diberi dan dibekalkan MGB atau PPD Pekan itulah yang kita akan gunakan. Hasrat saya sebagai guru adalah mahu melihat daerah Pekan menjadi sebuah daerah yang disegani dari segi pencapaian dan program yang dirancang. Tahniah kepada guru yang telah berjaya mengekalkan rekod dan mencapai 100% lulus Sains UPSR 2010. Tahun ini marilah kita sama-sama meningkatkan jumlah 'A' dalam UPSR 2011 sebagaimana hasrat JPN Pahang agar Parlimen Pekan mendapat 700 orang '5A' , Insyaallah.

Langgan:
Catatan (Atom)