Khamis, 1 Disember 2011

KEHILANGAN

ALLAHYARHAM ROSLAN YUSOF  merupakan Ketua Pasukan Sains UPSR dari SK Wira Kuantan. Beliau juga rakan saya yang paling hampir jika berkursus Sains dan sebarang aktiviti Sains UPSR, Sekiranya berkursus dan sebagainya dia lah orang yang saya akan hubungi untu7k tinggal sebilik.Maka hubungan kami sangat rapat,
Lebih kurang jam 6.30 pagi Sabtu 26hb.November 2011 saya mendapat SMS dari rakan iaitu Cikgu Nik dari SK TG Azizah Kuantan dan Cikgu Norazan dari SK Fakeh Abdul Samad Kuantan, SMS yang hampir serentak.menyatakan Cikgu Roslan SK Wira telah dijemput Allah. 
Begitulah janji Allah, tidak cepat dan tidak lambat sesaat. Kehilangan beliau memberi kesan besar kepada hati dan perasaan saya. Beliau merupakan rakan yang baik dan sering memberi pendapat jika ada masalah.
Allahu Akbar, hanya kepada Allah, kita menyerahkan jiwa dan perasaan. Hanya padaNya jua tempat mengadu agar ujian yang menimpa diri mu dan keluarga dilepasi dengan menjadi manusia yang lebih hampir kepadaNya.
Berat hati merasa, berat lagi bahu memikul. Kami hanya mampu berdoa. Ya ALLAH limpahi rahmat keatas rohnya. AMIN

Selasa, 15 November 2011

KSSR TAHUN 1 DAN TAHUN 2

Tranformasi Pendidikan telah berlaku, Kita perlu berubah. Salah satu yang jelas ialah KSSR dilaksanakan. Bersama-sama ini anda boleh download Rancangan Pengajaran Tahunan yang disediakan oleh Jurulatih Utama Negeri Pahang. Tahniah dan Syabas.

DST Tahun 1 - http://www.scribd.com/doc/72850178
TMK Tahun 1- http://www.scribd.com/doc/72850283
DST Tahun 2-  http://www.scribd.com/doc/72850619
TMK Tahun 2- http://www.scribd.com/doc/72850701

Rancangan Pengajaran tahunan ini telah disediakan ruangan minggu dan tarikh. Anda boleh mengubahnya mengikut Takwim Sekolah.

Sabtu, 20 Ogos 2011

PECUTAN AKHIR

Selamat berpuasa dan Salam Aidifitri untuk semua di seluruh dunia. Maaf atas segala kesalahan yang telah di lakukan oleh saya dan keluarga.


UPSR bakal menjelma, beberapa sekolah telah saya kunjungi, persiapan memang hebat, semoga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan dari ALLAH. Semasa kunjungan saya , bukan prinsip saya untuk mencari kesilapan tetapi ingin membantu cikgu semua, ramai yang faham Alhamdudillah. Tahniah dan syabas cikgu.

Di sini ada laman web untuk download soalan percubaan dari negeri-negeri lain .
http://www.bumigemilang.com




Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" , "Selamat hari guru", "Selamat hari guru buat pendidik khasnya rakan2 yang memang komitedterhadap tugas yang mulia... Terima kasih cikgu!", "Apalah ilmu tanpa guru, apalah guru tanpa ilmu, selamat hari guru", " Guru yg beriman ibarat mentari yg berkilau... Guru sejati pewangi yg mengharumklan.. Guru yang setia menjadi pendoorong setiap impian guru berhati mulia membawa 1000 kebahagiaan... moga dinobatkan sebagai guru cemerlang dunia aklhirat.. amin selamat hari guru"  - Itulah beberapa SMS yang saya terima seawal 4.00pagi 16Mei 2011, terima kasih cikgu kerana sesama mengingatkan kita bahawa sekarang ini kita adalah cikgu iaitu seorang jurutera membina sebuah negara malah dunia. Jurutera yang perlu terbaik demi menjaga keutuhan sebuah negara.

Saya amat seronok menerima begitu banyak SMS dari rakan-rakan guru malah dari guru-guiru yang telah berpencen dan merupakan idola saya. Sambutan hari guru pada tahun ini berlainan kerana saya bukan lagi berada disekolah dan amat terasa kemeriahan di sekolah, Alhamdulillah Pn.HJajjah Saadah GB SK Seri Terentang telah menjemput saya untuk sama-sama merayakan hari guru bersama 3 orang guru yang telah berpencen, yang masih bersemangat bila bercerita tentang pendidikan mereka ialah PN.Khatijah, Tn.Hj.Nordin Edris dan Tn.Hj.Hashim Awang Bidin. Terima kasih Cikgu.

Marilah sama-sama kita merenung di mana kita sekarang, setakat mana kita menjadi guru yang di impikan oleh pelajar dan apakah yang telah kita usahakan dan lakukan untuk pelajar kita. Pada 13hb.Mei 2011 saya telah ke SK.Serengkam , Maran menghadiri majlis penyebaran maklumat guru inovatif Matematik Kebangsaan peringkat Negeri Pahang di sekolah berkenaan, kerana guru tersebut dari sekolah berkenaan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En.Yahya Zainal Abidin Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, pada majlis berkenaan secara rasminya beliau melancarkan buku beliau yang terkini bertajuk "MENDAKI", buku ini sepatutnya dimilikki oleh semua guru. Saya dah membaca buku berkenaan dan amat menarik sebagai panduan kepada semua guru-guru, macammana ingin menjadi guru idola dan menjadi guru yang sentiasa bersemangat, bagaimana menjadi insan yang berjaya dalam kerjaya seorang guru.

SELAMAT HARI GURU kepada semua guru. TERIMA KASIH CIKGU.

Isnin, 11 April 2011

SEMINAR GURU CEMERLANG

12hb.April 2011 di PPD  - Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang Dalam Daerah Pekan, berlansung dengan jayanya yang telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Pekan (En.Rosdi bin Ismail). Dalam ucapan Tuan PPD, beliau amat mengharapkan agar guru cemerlang adalah pengerak dalam memastikan kecemerlangan pendidikan daerah Pekan. Tranformasi dalam bidang pendidikan serta jangan berpuas hati dengan apa yang telah di capai. Guru Cemerlang adalah juara perubahan serta mengintai peluang untuk diri. Beliau juga menyatakan budaya kerja XPLUS iaitu
X - Excellent
PPengetahuan
L - Latih
U - Usaha
S - Semangat

Tuan PPD amat mengharapkan agar GC tidak meletakkan halangan dalam kerjaya serta mesti memecahkan pradigm lama bina pradigm baru dan menerima idea dan konsep baru. GC juga perlu meningkatkan taraf kerjaya ke gred yang lebih tinggi.
 Tuan PPD Menyampaikan Ucaptama

 Ceramah oleh Puan Rohana

Peserta Seminar

Slot ceramah pertama telah disampaikan oleh Puan Rohana dari JPN Pahang dengan tajuk Persediaan Ke Arah Peningkatan Dalam Kerjaya Guru Cemerlang.

Tahniah kepada Semua Guru Cemerlang Daerah Pekan.

Jumaat, 8 April 2011

PEKA SAINS 2011

Salam penuh keinsafan hari ini kerana pada pagi ini 08hb.April 2011, terima berita tok empat Ishak meninggal dunia, semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang solleh. Pada pagi ini juga Mesyuarat Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) PEKA Sains dijalankan oleh sahabat saya Cikgu Khairuddin dari SK Chini 1&4. Tahniah kerana menyampaikan taklimat dengan penuh berkesan. Minta maaf dari saya kerana tenggelam timbul dalam mesyuarat tersebut, kerana pergi ziarah arwah di Kg.Mengkasar dan mesyuarat unit akademik PPD Pekan di bilik gerakan. Itulah cikgu kadang-kadang terlalu sibuk tetapi kena seimbang dunia dan akhirat.

PeKA 2011 berjalan seperti tahun  sebelumnya kepada guru lama cuma refresh sahaja kepada guru baru kalau tak faham boleh bertanya dengan guru lama atau tokei Peka Cikgu Khairudin. Mengenai PeKA ni cikgu cubalah buat yang terbaik kerana bila PeKA dijalankan dengan mengikut yang disarankan sebenarnya ia membantu UPSR sebab bila ujikaji dijalankan pelajar boleh mengetahui Pembolehubah dengan lebih berkesan. Pelajar buat pelajar lebih ingat. Saya ingat bila saya di jemput berceramah yang masanya 3-4 jam saya akan buat ujikaji dan pengalaman itu lebih berkesan daripada saya menyampaikan ceramah dalam masa 2jam menggunakan slide dan lembaran kerja. Kadang-kadang penat juga saya tapi itulah demi agama dan negara saya, itulah yang boleh dan mampu saya sumbangkan kerana saya tak mampu untuk memegang senjata dan berjuang dengan kekuatan fizikal.

Kelemahan-kelemahan dalam pemantauan PeKA 2010 perlu diperbaiki demi menambah elok PBS ini. Marilah kita menjadikan Daerah Pekan yang terbaik di Dunia. Sebab kita je jalankan PeKA didunia ni.Kita sekarang ni memikirkan yang terbaik je, ye lah cikgu kita mesti nak yang terbaik suami terbaik , isteri terbaik, bapa terbaik, ayah terbaik dan yang paling penting muslim terbaik. Jangan stress pulak kerana kita berkerja kerana ALLAH. Cuba jalankan dengan penuh rasa kesediaan dalam sesuana santai. Buat biar kita suka buat benda tu, jangan paksa diri. Macamana nak cakap ye. Buat kerja dalam suasana suka-suka dan anggap kerja tu satu ibadah. Pamdai pulak lah Hj.Rujhan ni, tapi tulah saya masa di sekolah memang sibuk sampai tak sempat nak minum macam kawan-kawan lain, sebab saya suka buat kerja tu bukan kerja itu memaksa saya kerana saya suka buat kerja tu, lagi pening lah........

sekian sajalah untuk catatan hari ini, sambil suka-suka dan memang kerja saya. wassalam.

Ahad, 3 April 2011

KSSR TAHUN SATU 2011

28-31 Mac 2011-Permai Hotel Kuala Terengganu. Taklimat KSSR Tahun 1 2011 telah diadakan dan di kendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Paling penting saya maklumkan di sini Sukatan Pelajaran TMK dalam Dunia Sains Teknologi ada sedikit perubahan, sila download di dalam blog ini untuk yang terkini. Standard Prestasi juga perlu di download untuk yang terkini dari Lembaga Peperiksaan, untuk semua guru KSSR adalah dimaklumkan Standard prestasi ini perlu kerana pentaksiran murid adalah dari Lembaga peperiksaan malaysia. Saya akan cuba link URL nya yang terkini dari blog ini. Nampak macam banyak kerja dalam KSSR ini tetapi sebenarnya telah cuba dimudahkan oleh LPM. Satu taklimat akan di adakan dalam masa terdekat. Saya tak berani nak kata ia susah atau tidak tetapi kita cikgu boleh buat. Kita perlu berubah demi anak didik kita agar sistem pendidikan kita juga relevan dengan keadaan semasa.

Ahad, 27 Februari 2011

PERJALANAN MASIH JAUH

27 Feb 2011- SK Seri Terentang mengadakan sukan tahunan kali ke 23. Meriah dan berwarna-warni. Begitu bersemangat cikgu-cikgu dan murid-murid. Itulah sukan murid paling suka menang kalah belakang cerita. Bergaduh di padang bagai nak rak, tapi di bilik guru dan kantin makan sekali dan siap posing walau baju berlainan warna. Pasukan menang terasa penat lelah terbalas yang kalah pula terasa hati puas kerana semua telah dilakukan tapi nasib tak menyebelahi. Syabas rakan-rakan.

Banyak yang kita pelajari dari sukan , perjuangan kita dalam mendidik anak bangsa dalam setiap bidang. Sukan sebenarnya dalam sains nya boleh menyihatkan badan, tapi yang tersiratnya ialah disiplin pelajar dan rasangan untuk berjuang itu paling penting.

Perjuangan kita guru sains matematik daerah pekan masih jauh. Kita cuba seramai mungkin calon UPSR 2011 mendapat A dalam sains dan matematik. ZOOM-A adalah satu kaedah nya untuk merealisasikan hasrat tersebut. Saya juga berada dibawah dan saya ada juga terdengar rungutan tentang program ini, tetapi cuba lah kita lihat yang positifnya, program ini berjaya jika kita betul-betul fokus kerana ada yang dah berjaya. Rungutan paling ketara saya dengar ialah komputer dan internet. Cadangan saya untuk masalah ini ialah gunakan lah internet yang dibekalkan oleh KPM semaksimum mungkin. Sebenarnya internet tersebut boleh di buat sambungan "wireless" untuk di gunakan dengan Laptop. Modem wireless tersebut dalam lingkungan RM200 ke RM300. Cara memasangnya boleh berhubung dengan PKG Bandar Pekan-En Rozman atau saya boleh membantu sekiranya ada masa. Broadband Celcom pun boleh di sambungkan dengan banyak komputer tetapi alat tersebut agak sukar di dapati. Kalu gi KL senang dapat.

Perjuangan ini mesti diteruskan walau apapun halangannya. hasrat mesti direalisasikan. Ayuh kita cuba realisasikan. Sahut cabaran kerana kita guru Pekan boleh lakukan. Kita guru bangga kalau daerah Pekan disebut sebagai Daerah contoh di Malaysia. Bagaimana kita berkerja itu  yang kita dapat.

Sukan sekolah sebenarnya menyedarkan saya bahawa saya tidak seperti dulu, berlari sikit saja dah terasa kaki dan badan sakit. Penat dah terasa walau melihat murid melompat gembira rumah mereka menang, tapi saya terasa tubuh ini sebenarnya semakin lama. Nak sebut tua terasa macam nak pencen. Perjalanan ini masih jauh untuk melihat daerah yang saya ajar ini terkenal di dunia.

Syabas dan tahniah untuk semua guru yang kuat berusaha untuk menjaya kan misi ini.

Selasa, 8 Februari 2011

PERJUANGAN TERUS MEMBARA

Jam 2.30 petang di PKG Bandar Pekan, mesyuarat untuk pengubalan soalan sains Pengesanan daerah Pekan bersama-sama rakan yang masih sudi mencurahkan ilmu, terima kasih yang tak terhingga kepada GB En.Nasaruddin, Cikgu Nazmi, Cikgu Razak, Cikgu Nor Aida dan Cikgu Norshilawati. Perkara pertama bila bertemu saya rasa gembira kerana lama tak bertemu dan teruja kerana rakan-rakan semua begitu bersemangat untuk sama-sama menyemarakkan pemuafakatan antara kita. Sebenarnya kita semua ada ilmu tapi kadang-kadang sukar untuk kita luahkan kerana ada beberapa faktor. faktor hanya empunya diri yang mengetahuinya. Bila berbincang mengenai JSU pelbagai pendapat untuk sesuatu soalan , kita dapat rasa nikmat membuat satu soalan dengan hasil idea kita sendiri.

"Aku cili mulut tu kan" luahan seorang rakan bila menerima tempelak dari rakan yang mengatakan "Hah buat soalan elok-elok kang soalan daerah hampeh", dari sini ada baik dan buruknya , kepada rakan yang kena tempelak bagi saya satu dorongan untuk membuat yang habis baik. Bagi rakan yang menemplak, saya tahu kerja dia, dah lama satu sekolah , kalau buat soalan sekolah pun kalau tak ada JSU dan buat seorang lagi lah hampehnya. Marilah sama-sama kita cuba bercakap dengan cara yang lebih sopan walau bergurau. Kadang-kadang saya lebih suka berdiam diri dan berkurung melakukan kerja yang bertimbun.

Sekarang bulan Februari menjejakkan kaki, Awal Mac ujian pengesanan tahun 6, bermula dari saat ini kereta dah mula masuk gear dua, buat post mortem mencari kelemahan pelajar dan teruskan perjuangan ini hingga selesai, 800 calon 'A' Sains adalah sasaran kita bagi menyahut cabaran Parlimen Pekan mesti ada 700 calon mendapat 5 'A'. P1 sebenarnya amat penting menilai target kita akan tercapai atau tidak atau hanya untuk senang memandang pada data yang semua orang boleh nyatakan. Kata rakan saya pada seorang GB yang telah bersara setelah diminta oleh GB untuk menambah 'A' dalam kelas beliau , " Cikgu nak berapa tambahlah" , itulah kita boleh buat nak 700 atau 1000 tetapi kita ada produk yang macammana sekarang.

Perjuangan ini baru bermula dan terus membara, demi anak didik kita yang bernama 'INSAN'.

Khamis, 3 Februari 2011

IKHLAS DALAM PERKERJAAN

Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk berkata-kata dan untuk bertaubat kepadaNya. Pada 1hb.Feb 2011 saya telah dihubungi oleh Cikgu Nasaruddin Ketua Panitia Sains Daerah Pekan 2011. beliau menyatakan bahawa Daerah Pekan menggubal soalan untuk P1 Daerah Pekan dan Ujian Pengesanan untuk daerah Pekan 2011. Tarikh cadangan beliau adalah 8hb.Feb 2011 di PKG Bandar Pekan, Alhamdullillah saya telah menghubungi beberapa rakan dan mereka bersetuju untuk bersama-sama saya menggubal soalan tersebut. Untuk perhatian semua kerja ini tidak akan berjaya jika tiada keikhlasan, dan ayuhlah rakan-rakan kita hidup bukan untuk di sini saja sebenarnya ada ketika nya nanti kita akan hidup lebih lama di dalam suatu dunia baru yang tiada penghujungnya. Sebenarnya saya telah malu meminta tolong dengan raka-rakan kerana ada beberapa sebab yang terlalu sensitif untuk di ceritakan, tetapi ketahuilah saya telah berusaha untuk memuaskan hati semua pihak. Kita mampu untuk berkata-kata tetapi siapalah kita. Oleh itu berusahalah kita demi anak-anak pewaris kita walau apapun yang terjadi kita tetap seorang guru yang perlu melakukan tugas kita dengan penuh amanah dan ikhlas. Sekarang daerah Pekan masih lagi dibawah dalam UPSR. Cuba rakan-rakan cadangkan apa yang perlu kita lakukan bermula saat ini. Saya ada berbincang dengan Puan Dalijatonseha mengenai hal ini, cadangan saya untuk permulaan ini ialah satu Modul Khas Sains akan dibina oleh Guru-guru Cemerlang Daerah Pekan bagi Kem yang akan di jalankan memandangkan apabila menggunakan buku yang dibeli ada beberapa kelemahan semasa kem. Disini perlu ada juga keikhlasan sesama kita untuk membina modul tersebut. Jika anda berminat untuk modul tersebut hubungi saya di rujhan68@gmail.com
Apa yang diberi dan dibekalkan MGB atau PPD Pekan itulah yang kita akan gunakan. Hasrat saya sebagai guru adalah mahu melihat daerah Pekan menjadi sebuah daerah yang disegani dari segi pencapaian dan program yang dirancang. Tahniah kepada guru yang telah berjaya mengekalkan rekod dan mencapai 100% lulus Sains UPSR 2010. Tahun ini marilah kita sama-sama meningkatkan jumlah 'A' dalam UPSR 2011 sebagaimana hasrat JPN Pahang agar Parlimen Pekan mendapat 700 orang '5A' , Insyaallah.

Ahad, 23 Januari 2011

UPSR PEKAN GEMILANG 2011

24hb.Jan 2011 sekali di panggil ke mesyuarat perancangan UPSR 2011 di Yayasan Pahang, pada mesyuarat lepas Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang En.Yahya telah memaklumkan Pekan mesti memperolehi 600 orang mendapat 5A UPSR 2011. Kenyataan atau khayalan mesti di tempuhi, Guru Pekan mesti bersedia ke arah itu dan itu bukan angan-angan Mat Jenin tetapi mesti menyahut cabaran tersebut untuk memertabatkan bahawa kita guru-guru daerah Pekan mampu untuk Transformasi ke arah itu. Di mana kita diceruk mana kita selagi kita di gelar guru kita mesti bergerak bersama untuk mencapai hasrat tersebut. Bangunlah, kita bukan tidur tetapi terleka.

Jika di lihat data-data UPSR tahun 2010 yang telah di beri oleh Puan Dalijatonseha , saya teruja kerana kita sebenarnya mampu lakukan yang lebih baik demi anak didik kita. Murid kita tanggungjawab kita. Biar apa pun kata orang kita mesti berusaha kearah itu. Insyaallah kita mampu lakukkan lebih baik dari tahun 2010.

Sains Pekan masih merangkak, walaupun orang sudah berlari, di mana kita sebenarnya kekurangan kita. Saya mencadangkan kem seperti tahun lepas boleh diteruskan tetapi banyak penambahbaikan perlu kita lakukkan, permulaannya saya telah berbincang dengan Pn.Seha untuk membuat satu modul Khas untuk program tersebut bukannya buku yang kita beli seperti tahun lepas, saya memerlukan cadangan semua pembaca blog untuk memberi cadangan.