Salam penuh keinsafan, bahawa kita masih berjumpa lagi di Ramadhan ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih membenarkan kita menyedut udaraNya dan menumpang di bumiNya serta menggunakan segala kemudahan yang disediakanNya. Alhamdulillah.
Sempena bulan puasa yang mulia ini aktiviti Pengajaran dan Pembalajaran tetap di jalankan terutama oleh guru-guru tahun 6, kelas tambahan tetap dijalankan. SYABAS DAN TAHNIAH CIKGU. Demi anak bangsa Malaysia. 23hb.Julai hingga 26hb.Julai 2012 adalah peperiksaan percubaan di Negeri Pahang. Harap-haraplah keputusan nya nanti boleh memberi sumber inspirasi untuk meneruskan perjuangan sebelum UPSR.
Tahniah untuk semua guru yang hadir pada Program Sains di SBT SK Seri Biram pada hari pertama puasa 21hb.Julai 2012. Terima kasih daun keladi untuk SBT SK Seri Biram kerana menganjurkan program tersebut. Semoga apa yang di perolehi akan dapat di gunakan untuk semua murid di sekolah masing-masing.
Pada 1hb.Ogos 2012 bertempat di SK Nenasi , Program Bijak Sains akan berlangsung, bagi kelompok Pantai. Kita sedang berusaha kearah kecemerlangan semua pelajar. Dengan usaha ini kita berharap agar memberi impak yang besar kepada pencapaian matapelajaran Sains di Daerah Pekan.
Kepada sesiapa yang ingin memberi komen sila catatkan di ruangan komen bagi kebaikan kita bersama.
Isnin, 23 Julai 2012
Rabu, 11 Julai 2012
PROGRAM BIJAK SAINS SEKOLAH TRADISIONAL DUN BEBAR
OBJEKTIF
Selepas program ini peserta akan :
1. Menguasai kemahiran Proses Sains dengan mereka mengalami sendiri proses tersebut
2. Dapat menguasai kemahiran menjawab soalan bahagian B Sains UPSR
3. Mengawal sendiri semua pembolehubah
FASILITATOR
1. Haji Rujhan bin Zakaria Penolong PPD Sains Matematik Rendah
2. Mohamed Affandi bin Mat Idris Guru Cemerlang Sains
3. Mat Yusof bin Mat Jelani Guru Tahun 6 SK Seri Terentang
4. Halijah binti Harun Guru Tahun 6 SK Padang Rumbia
5. Mohd Sulhi bin Mohd Salim Guru Tahun 6 SK Tanjung Medang
6. Mohd Rashid bin Hashim Guru Tahun 6 SK Bandar 2
7. Mazni binti Mohamaed Guru Tahun 6 SK Runchang
8. Rohana binti Harun Guru Tahun 6 SK Temai
9. Noraha binti MD Ali Guru Tahun 6 SK Kota Perdana
10. Nurul 'Izah binti Zainon Mokhtar Guru Tahun 6 SK Tanjung Medang
LATARBELAKANG
Program ini dijalankan atas keperluan murid perlu menguasai Pembolehubah untuk menjawab soalan Sains UPSR bahagian B. Idea dari Pengarah Pelajaran Pahang En.Yahya Zainal Abidin semasa beliau bercakap mengenai kemerosotan matapejaran Sains UPSR memerlukan guru melakukan hand’on iaitu praktikal bukannya teori sahaja. Saranan berkenaan telah mencetus idea untuk menggunakan eksperimen-eksperimen mudah perlu dilakukan semdiri oleh murid dalam kumpulan kecil.
Pihak PPD Pekan dan Pihak Jawatankuasa sekolah-sekolah tradisional DUN Bebar iaitu En.Mohamad bin Ismail (Guru Besar SK Acheh)telah berbincang bagi merancang program ini. Dengan inisiatif PPD Pekan dan Jawatankuasa berkenaan maka terhasil program yang menarik minat pelajar dalam eksperimen yang dijalankan dengan kerjasama fasilitator-fasilitator.
PELAKSANAAN
Program ini dijalankan dalam dua Fasa iaitu seperti berikut :
Fasa 1
Tarikh : 30 Jun 2012
Tempat : SK Seri Terentang
Bilangan Fasilitator : 7 Orang
Peserta :
Bil
|
Nama Sekolah
|
Bilangan Peserta
|
1
|
SK Seri Terentang
|
35 Orang
|
2
|
SK Kampung Acheh
|
6 Orang
|
3
|
SK Temai
|
10 Orang
|
4
|
SK Padang Rumbia
|
8 Orang
|
5
|
SK Serambi
|
4 Orang
|
Fasa 2
Tarikh : 07 Julai 2012
Tempat : SK Bandar 2
Bilangan Fasilitator : 7 Orang
Peserta :
Bil
|
Nama Sekolah
|
Bilangan Peserta
|
1
|
SK Bandar 2
|
8 Orang
|
2
|
SK Kota Perdana
|
15 Orang
|
3
|
SK Tanjung Medang
|
8 Orang
|
4
|
SK Runcang
|
Tidak menghantar peserta
|
Peserta dibahagi kepada kumpulan kecil dari sekolah yang berlainan dan dikehendaki menyelesaikan eksperimen dan menjawab soalan dalam masa 25 minit. Peserta dibantu oleh Fasilitator. Sebanyak 6 eksperimen dapat diselesaikan dari pukul 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari. Fasilitator juga memerhati setiap peserta dan di nilai dari sudut kerjasama kumpulan , kemahiran proses Sains dan kemahiran manipulatif. Peserta yang mendapat markah tertinggi di beri hadiah dari tempat pertama, kedua dan ketiga.
Peserta program amat teruja dengan eksperimen yang dijalankan dan rata-rata peserta teruja dengan ciptaan roket air kemudian dilancarkan sendiri. Ramai peserta menyatakan aktiviti –aktiviti amat menarik dan mahu diadakan aktiviti ini lagi.
Fasilitator seramai tujuh orang di setiap fasa menjalankan tugas dengan penuh komited. Setiap stesen ada seorang fasilitator bagi membantu peserta dengan tahap minimum agar murid melakukan sendiri aktiviti tersebut. Selepas semua peserta melakukan eksperimen, peserta perlu menjawab soalan dalam kumpulan.
Selepas semua peserta melakukan eksperimen dan semua soalan telah dijawab, peserta di kehendaki berbincang jawapan dalam kumpulan serta memindahkan jawapan ke atas kertas majong. Ketua kumpulan membentangkan jawapan bagi kumpulan mereka dan guru cemerlang Sains meneliti dan menambahbaik jawapan yang di beri. Guru Cemerlang Sains juga memberi tips-tips untuk mendapat markah dalam peperiksaan.
Kesimpulannya aktiviti ini amat menarik bagi pelajar kerana semua murid yang terlibat akan cuba melakukan sendiri aktiviti . Ramai guru pengiring yang datang juga teruja dengan penyertaan pelajar mereka. Guru Besar sekolah terlibat juga datang bagi melihat sendiri program tersebut. Program ini meningkatkan pengetahuan murid untuk mengenalpasti pembolehubah dan mengetahui sendiri melalui eksperimen. Modul aktiviti ini akan diedarkan kesemua daerah Pekan bagi meningkatkan pencapaian UPSR matapelajaran Sains .
Langgan:
Catatan (Atom)